Search This Blog

banner

I made this widget at MyFlashFetish.com.

address

Oct 19, 2010

Buku - buku berkenaan Pendidikan Khas Bhgn 1



1)Menjadi Guru Pendidikan Khas

K. A. Razhiyah,
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Sinopsis

Buku ini khas bagi semua guru-guru yang terlibat dengan murid-murid pendidikan khas bagi menjana semangat yang lebih kuat, berinovasi, produktif serta berhemah tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab di dalam bidang pendidikan khas yang mencabar ini. Buku ini juga dapat dijadikan panduan kepada ibu bapa bagi mengetahui peranan yang dimainkan oleh guru dalam mendidik anak istimewa mereka.

Apabila kita menjadi guru pendidikan khas, kita mencuba perkara yang lebih mencabar dan melakukan sesuatu yang istimewa. Hanya guru yang istimewa dapat mengajar murid yang istimewa!
Buku ini khas bagi semua guru-guru yang terlibat dengan murid-murid pendidikan khas bagi menjana semangat yang lebih kuat, berinovasi, produktif serta berhemah tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab di dalam bidang pendidikan khas yang mencabar ini. Buku ini juga dapat dijadikan panduan kepada ibu bapa bagi mengetahui peranan yang dimainkan oleh guru dalam mendidik anak istimewa mereka.

Guru pendidikan khas bertanggungjawab dalam mem-bina sikap yang positif dan memberi peluang pendidikan dan kualiti hidup yang sempurna pada murid pendidikan khas. Semoga guru pendidikan khas dapat memberi sumbangan yang optimum dan mengamalkan budaya kerja berkualiti sejajar menyahut Wawasan 2020 dalam mewujud-kan masyarakat penyayang. Ini hanya dapat direalisasikan sekiranya program pendidikan dipertingkat-kan selaras dengan potensi dan bakat murid pendidikan khas.

“Jadilah guru pendidikan khas yang berkualiti agar hidup kita lebih bererti.”

K. A. Razhiyah
2005


Isi Kandungan

Prakata
Bahagian 1 Selamat Datang ke Dunia Pendidikan Khas
Bab 1 : Mengapa Menjadi Guru Pendidikan Khas?
Bab 2 : Siapa Mereka?
Bab 3 : Dunia Pendidikan Khas, Dunia Menyeronokkan
Bab 4 : Bagaimana Menjadi Guru Pendidikan Khas

Bahagian 2 Kriteria Guru Pendidikan Khas
Bab 5 : Minat dan Tidak Putus Asa
Bab 6 : Sabar
Bab 7 : Empati, Prihatin dan Pemurah
Bab 8 : Kasih Sayang
Bab 9 : Berpengetahuan
Bab 10 : Bersikap Profesional
Bab 11 : Berfikiran Positif
Bab 12 : Humor dan Periang
Bab 13 : Mesra
Bab 14 : Hormati
Bab 15 : Mengenali Murid dan Rela Berkorban
Bab 16 : Rajin dan Cekap
Bab 17 : Kreatif dan Berbakat
Bab 18 : Aktif dan Sihat
Bab 19 : Bertanggungjawab
Bab 20 : Jujur dan Adil
Bab 21 : Puji
Bab 22 : Tegas
Bab 23 : Tingkah Laku Lembut
Bab 24 : Amanah

Bahagian 3
Tugas Guru Pendidikan Khas

Bab 25 : Pelaksanaan Program Pendidikan Khas
Bab 26 : Fail Peribadi Murid
Bab 27 : Rancangan Pendidikan Individu (RPI)
Bab 28 : Kebersihan dan Kesihatan Murid
Bab 29 : Keselamatan di Sekolah
Bab 30 : Menangani Saat-saat Kritikal
Bab 31 : Multi Disiplin dan Bantuan Teknologi Komunikasi
Bab 32 : Tugas Sampingan

Bahagian 4 Hubungan dengan Ibu Bapa
Bab 33 : Hubungan dan Komunikasi
Bab 34 : Persatuan Sokongan
Ibu Bapa Guru Pendidikan Khas
Bibiliografi
Indeks

2)Anak Istimewa

K. A. Razhiyah,
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Sinopsis

Panduan untuk ibu bapa dan mereka yang mempunyai anak istimewa. Isi buku ini dapat membantu mereka yang saban hari berdepan dengan karenah anak-anak istimewa

Semua kanak-kanak adalah istimewa. Namun, anak istimewa lebih unik daripada kanak-kanak lain kerana mereka memerlukan pendekatan yang spesifik.

Buku ini ditulis untuk mereka yang ingin mengenali dan memahami anak-anak istimewa iaitu keluarga, guru, masyarakat dan khasnya untuk anda sebagai ibu bapanya. Kehadiran anak istimewa memerlukan kekuatan dan ketabahan untuk:

1. Menerima kehadirannya
2. Menyayanginya
3. Dan… mendidiknya.

Sebagai ibu bapa anak istimewa, anda berbeza dengan ibu bapa lain kerana anda lebih kuat, lebih sabar dan lebih baik dalam menyayangi anak-anak istimewa anugerah Tuhan.

Bukan semua manusia berani dan cekal hati untuk menghadapi kerenah anak istimewa. Anda perlu ucapkan tahniah pada diri anda kerana walaupun sukar, anda berjaya melaluinya dengan penuh yakin dan tabah. Inspirasi dan semangat membantu anda menjadi manusia yang lebih kuat.

“Kanak-kanak memerlukan bimbingan dan simpati lebih daripada arahan”
Anne Sullivan (Guru Helen Keller).

Isi Kandungan

Prakata

Bahagian 1: Mengapa Saya?
Bab 1 : Reaksi Pertama
Bab 2 : Ujian Tuhan
Bab 3 : Apa Harus Saya Lakukan?
Bab 4 : Hargailah Kehadirannya
Bab 5 : Reaksi Keluarga

Bahagian 2: Siapa Anak Saya?
Bab 6 : Pelajari Terminologi
Bab 7 : Diagnos
Bab 8 : Sosialisasi
Bab 9 : Anak Anda di Sekolah
Bab 10 : Karier untuk Anak Anda

Bahagian 3: Masalah Spesifik
Bab 11 : Bermasalah Penglihatan
Bab 12 : Bermasalah Pendengaran
Bab 13 : Bermasalah Anggota
Bab 14 : Kajian Kes
Bab 15 : Kemudahan dan Keistimewaan untuk Golongan Istimewa

Bibliografi
Indeks 211

3) Apa itu Autisme? 

Pengarang: K. A. Razhiyah
Penerbit: PTS Professional


Kandungan
Bahagian 1
Sejarah dan Punca Autisme
Ciri-Ciri Kontinum dan Masalah Berkaitan
Soalan yang Sering Berlegar Di Fikiran Ibu Bapa

Bahagian 2
Pelbagai Andaian dan Telahan Berkaitan Autisme
Mengapa Kita Perlu Tahu Mengenai Autisme?
Kita sebagai Ibu Bapanya
Kita sebagai Saudara, Abang ataupun Kakaknya

Bahagian 3
Bagaimana Menanganinya
Mendidiknya Seawal Mungkin
Aspek-Aspek Penting Penjagaan Kanak-kanak Autisme
Bahasa dan Pertuturan
Daya Tumpuan dan Situasi Belajar
Pergaulan dan Tingkah Laku
Terapi Muzik dan Terapi Bermain
Senario Kanak-Kanak Autisme

Bahagian 4
Tujuan Penilaian
Kaedah Penilaian
Rawatan
Pendekatan
Ujian AQ Mengenai Autisme
Chat- Senarai Semak untuk Autisme
Senarai Semak Tingkah Laku
Ujian IQ Mengenai Autisme

Bahagian 5
Mereka Mampu Berjaya
Matt Savage
Temple Grandin
Daniel Tammet
Donna Williams
Tokoh-Tokoh Terkenal
Bibliografi
Indeks


4) Apa itu Disleksia?

Pengarang: Sheila Devraj, Samsilah Roslan                

Penerbit: PTS Professional

Isi Kandungan

BAB 1 Pengenalan
Kategori Murid Berkeperluan Khas

BAB 2 Apakah yang dimaksudkan dengan Disleksia?
Masalah Fonologi
Masalah Mengingat Perkataan
Masalah Penyusunan Bersiri
Masalah Ingatan Jangka Pendek
Masalah Kesedaran Sintaks

BAB 3 Latar Belakang Sejarah

BAB 4 Disleksia dan Otak Kita

BAB 5 Simptom dan Masalah Identifikasi
Peringkat Prasekolah
Peringkat Sekolah Rendah
Peringkat Sekolah Menengah
Peringkat Dewasa
Jenis-jenis Disleksia

BAB 6 Pendekatan P&P untuk Pelajar Disleksia
Bahasa Matematik
Aspek Sosial dan Emosi

BAB 7 Kanak-kanak Disleksia Tidak Berseorangan

Rujukan
Children At Risk in Education Research Centre (C.A.R.E.) 117
Lampiran A

5) Mengapa Kanak-kanak Sukar Belajar

K. A. Razhiyah,
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Sinopsis

Bukan semua kanak-kanak yang tidak pandai di dalam kelas malas belajar ataupun tidak bersungguh-sungguh semasa belajar. Sebenarnya mereka tidak seperti kanak-kanak normal yang lain kerana mengalami masalah 'dalaman' yang tidak dapat dikesan dengan melihat kesempurnaan fizikal mereka. Sesuai untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak bermasalah pembelajaran.

Kejayaan tidak dapat diukur melalui pencapaian akademik.

Buku ini membantu menyelesaikan masalah yang sering mengganggu ibu bapa dan kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran. Mungkin pelbagai perkara bermain di fikiran mereka. Buku ini akan memberikan beberapa idea bagi mengatasi masalah di sekolah, di rumah dan juga dengan rakan-rakan.

Buku ini dapat memberi panduan ibu bapa dan anak istimewa bagaimana hendak menangani masalah itu.
Bagi kanak-kanak bermasalah yang ingin memahami diri sendiri dengan lebih baik dan menjadi seorang yang kuat dan bijak, buku ini dapat membantu anda.




p/s : ini adalah antara buku-buku berkaitan pendidikan khas keluaran PTS Publication.Buku-buku ini telah pun berada di pasaran.Untuk keterangan lanjut pengunjung boleh la terus ke portal rasmi PTS di http://pts.com.my atau boleh terus membelinya melalui talian di http://www.e-kedai.net.Selamat membaca.


Oct 13, 2010

Syarat kemasukan Pendidikan Khas

Takrif Sekolah Khas

Pendidikan khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui:

# Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.

# Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

Di antara program yang ditawarkan ialah:

1) Prasekolah

Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah:
# berumur 6+ hingga 14+ tahun
# disahkan oleh pengamal perubatan
# dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

Pelajaran Rendah
Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:
# berumur 6+ hingga 14+ tahun
# disahkan oleh pengamal perubatan
# dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain

Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma. Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif.

Pelajaran Menengah
Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:
# Berumur 13+ hingga 19+ tahun
# disahkan oleh pengamal perubatan
# dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain

Pelajaran menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu akademik dan vokasional.

Pendidikan Teknik dan Vokasional


i) Sekolah Khas
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang menawarkan elektif mata pelajaran vokasional (MPV) manakala Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia.

ii) Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pendengaran
Sekolah Menengah Vokasional (EAT) Azizah, Johor Baru
Sekolah Menengah Teknik Langkawi, Kedah
Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor
Sekolah Menengah Vokasional Bagan Serai, Perak
Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan
Sekolah Menengah Vokasional Keningau, Sabah

Tempoh Pengajian
# Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun.
# Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah lima (5) tahun.
# Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu sarna ada rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan.

Sejarah Pendidikan Khas di Malaysia











Minat terhadap Pendidikan Khas di Malaysia bermula pada tahun 1920an di kalangan sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat penglihatan dan pendengaran. Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut,

"Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerjaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggung jawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu penyertaan o/eh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan. "

Perkembangan Pendidikan Khas mengikut jenis adalah seperti berikut:

Pendidikan Masalah Penglihatan
1926 Pembukaan Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka
1931 SRPK St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang
1948 Pembukaan SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru Pembukaan Institut Berasrama Pusat Latihan Gurney - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
1953 Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM)
1958 Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan (JKM)
1962 Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih,
diperkenalkan
1963 Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan
1977 Permulaan Latihan perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras
1978 Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu
1983 Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan, Setapak
Pengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan sebagai sekolah bertaraf penuh
1984 Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel Penulisannya bagi tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AI-Quran
Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille/Kerabunan, Kementerian Pendidikan untuk menyediakan bahan-bahan dalam braille khususnya buku teks dan penyenggaraan alatan braille

Pendidikan Masalah Pendengaran
1954 Pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam, Pulau Pinang
1954 Pembukaan Sekolah Kanak-Kanak Pekak persekutuan (Rendah dan Menengah), Tanjong Bunga, Pulau Pinang
1963 Pembukaan kelas-kelas Pendidikan Khas Rancangan. Percantuman Cacat Pendengaran oleh Kementerian pendidikan di sekolah
rendah dan sekolah menengah biasa yang dipilih
Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Cacat Pendengaran di Maktab perguruan Ilmu Khas, Cheras
1978 Pengenalan Kaedah Komunikasi Seluruh oleh Kementerian Pendidikan untuk menggubal sistem Bahasa Melayu Kod Tangan
Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh Kementerian pendidikan
1979 Kursus Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru yang mengajar masalah pendengaran dalam Bidang Komunikasi Seluruh 1984 Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Kementerian Pendidikan
1985 Penubuhan Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh, Kementerian Pendidikan untuk perkembangan Sistem Kod Buku Pendidikan Islam
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar Agama Islam
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar KBSR Tahap II Bahasa Malaysia Kod Tangan
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Penggubalan Kod Tangan Pendidikan Vokasional dan Teknikal
1987 Pembukaan Sekolah Menengah pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam

Program Percantuman/Inklusif
1962 Program pereantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat penglihatan
dimulakan
1988 Permulaan kelas perintis untuk murid-murid peringkat bermasalah pembelajaran
1993 Tiga (3) pelajar pendidikan inklusif ditempatkan belajar di Tingkatan 6 Bawah di Sekolah Menengah Methodist (Lelaki), Kuala
Lumpur
1994 Pembukaan kelas-kelas program inklusif seeara projek rintis di 14 buah sekolah di seluruh negara
1995 Program Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan

Oct 12, 2010

Tips Mencuci Hati....

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang
sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya ALLAH, jadikan hatiku
bersih."

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini
merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di-
ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan
semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan
menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,
penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-ALLAH"
sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu
sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk
diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku
sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,
senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya ALLAH, cuci otak aku, cuci
hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif."
Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan
sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2
kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,
tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb). Jangan dengar orang mengumpat.

Oct 11, 2010

Apa itu Autisme?

AUTISME
 
Autisme bermula sejak awal 20 masihi lagi. Perkataan autisme berasal daripada perkataan bahasa Greek iaitu “autos” yang bermaksud sendiri. Dalam situasi ini, autos merujuk kepada seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri. Seorang ahli psikologi dari Harvard iaitu Leo Kanner telah memperkenalkan istilah austis pada tahun 1943 berdasarkan pemerhatian beliau terhadap penghidap autisme yang menunjukkan respon yang negatif dalam berkomunikasi dengan orang lain, pengasingngan diri, keadaan yang tidak fleksibel dengan orang lain dan cara komunikasi yang berbeza daripada orang biasa. Hasil kajian, (Michael Waldman, Sean Nicholson,& Nodir Adilov, 2006), di dalam jurnalnya yang bertajuk “Does Television Cause Autism?” menyatakan bahawa 1 daripada 166 kanak-kanak di dunia merupakan penghidap autisme.
Menurut kamus Oxford Advance Learner autism ialah a mental condition in which a person is unable to communicate or form relationships with other. Kamus Electronik Encarta terbitan Microsoft Coporation pula menyatakan bahawa autisme ialah a disturbance in phycological development in which use of language, reaction to stimuli, interpretation of the world, and the formation of relationships are not fully established and follow unusual pattern. Maka, dapat disimpulkan di sini, autisme merupakan ganguan psikologi terhadap perkembangan komunikasi, gerakan tubuh badan, sikap, emosi, sosial, dan sentuhan.
Menurut Dr. Widowo Judarwanto di dalam jurnalnya yang bertajuk “Pencegahan Autis Pada Anak”, kebiasaanya autistik tidak langsung mempedulikan suara, penglihatannya ataupun perkara-perkara yang berlaku dipersekitaran mereka. Sekiranya mereka memberi reaksi terhadap sesuatu perkara, kebiasaanya, reaksi mereka langsung tidak menyentuh mengenai perkara tersebut, malah adakalanya mereka tidak langsung memberi apa-apa reaksi.
 
CIRI-CIRI KANAK-KANAK AUTISME

1. Komunikasi dan Bahasa
Menurut Dr. Widowo, penghidap autisme biasanya mengalami masalah gangguan dalam komunikasi. Mereka lambat untuk bercakap dan ada sesetengahnya gagal secara total untuk bercakap. Sekiranya mereka dapat bercakap, mereka hanya bercakap untuk masa yang singkat, tidak dalam waktu yang lama. Menariknya, mereka hanya mampu untuk menggunakan bahasa tubuh untuk berkomunikasi dengan orang lain. Mereka mampu untuk meniru apa yang orang lain katakan, tetapi mereka gagal untuk memahami maksud kata-kata tersebut.
 
2. Kognitif
Autisme merupakan masalah dalam mental penghidapnya. Maka, ia turut memberi kesan dalam perkembangan kognitif mereka. Menurut (Michael Waldman, Sean Nicholson,& Nodir Adilov, 2006) dalam jurnalnya menyatakan bahawa kanak-kanak autisme ini mengalami masalah separa buta akal. Mereka kurang memahami konsep pemahaman yang difikirkan oleh orang lain.

3. Interaksi Sosial
Dr. Widowo menyatakan bahawa penghidap autisme biasanya mengelakkan diri untuk bertentang muka dengan orang lain. Mereka tidak menyahut apabila mereka dipanggil tetapi hanya menolehkan muka kepada orang yang memanggil mereka. Kebiasaannya penghidap autisme akan merasa tidak selesa jika mereka ini dipeluk, tetapi mereka tidak menolak pelukan tersebut. Sekiranya mereka menginginkan sesuatu mereka akan memegang tangan orang yang berhampiran dengan mereka dan mengharapkan orang tersebut melakukan sesuatu untuk memenuhi keinginannya. Mereka tidak akan berasa selesa sekiranya waktu mereka bermain ada orang lain cuba untuk mendekati mereka dan mereka akan mengambil tindakan untuk menjauhkan diri daripada orang tersebut.

4. Ganguan Emosi
Menurut Dr. Widowo lagi, kebanyakan penghidap autisme, mengalami masalah emosi yang tidak seimbang. Kadangkala mereka akan ketawa, menangis atau marah seorang diri tanpa sebab yang munasabah. Mereka ini mempunyai sikap panas baran yang sukar dikawal terutama apabila mereka gagal untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Ini boleh menyebabkan mereka menjadi manusia yang agresif.
 
5. Perangai dan Sikap
Dr. Widowo menafsirkan bahawa kanak-kanak autisme ini senang untuk diuruskan apabila meletakkan sesuatu barang pada tempat-tempat yang tertentu. Kadangkala, kanak-kanak ini akan berubah sikap menjadi kanak-kanak yang hiperaktif terutamanya apabila mereka berhadapan dengan suasana yang asing buat mereka. Mereka akan meniru perbuatan yang dilihatnya seperti burung yang sedang terbang. Mereka akan melambai-lambaikan tangan seolah-olah mereka juga ingin terbang. Ibu bapa dan guru perlu memberikan perhatian yang lebih kepada kanak-kanak autisme kerana mereka mampu untuk mencederakan diri mereka seperti menghantukkan kepala mereka ke dinding. Kadangkala juga, mereka akan bersikap pasif dengan berdiam diri sambil merenung dengan renungan yang kosong. Perubahan sikap yang ditunjukkan seperti marah dengan tiba-tiba dan memberi perhatian yang bersungguh-sungguh terhadap sesuatu perkara.

6. Kesan Sentuhan Fizikal
Hasil kajian Dr. Widowo menunjukkan bahawa kebanyakkan penghidap autisme sangat sensitif terhadap cahaya, bunyi, sentuhan, rasa dan ciuman. Kebiasaannya penghidap autisme mengalami tabiat suka menjilat, menggigit, atau mencium apa sahaja barang termasuklah barang mainan mereka. Mereka akan menutup telinga apabila mereka terdengar bunyi kuat. Apabila kanak-kanak autisme ingin dimandikan mereka akan menangis apabila rambut mereka dibasahkan. Mereka juga tidak selesa jika mereka dipakaikan dengan pakaian-pakaian yang tertentu menyebabkan ibu bapa sukar untuk menguruskan pakaian mereka. Mereka amat tidak selesa dengan pelukan atau rabaan. Mereka akan cuba mengelak atau melepaskan diri daripada perbuatan tersebut.
 
IMPLIKASI KANAK-KANAK AUTISME DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Guru memainkan peranan penting dalam menguruskan kanak-kanak autisme di sekolah. Ini kerana kanak-kanak autisme ini sukar dikenal pasti secara melalui fizikal semata-mata. Mereka mengalami masalah komunikasi yang kronik sehingga mereka tidak mampu untuk mengenal pasti riak air muka, bahasa tubuh, isyarat atau perlambangan, dan nada suara yang berbeza bagi menafsirkan perasaan.

Menurut Vacca (2007) dalam jurnalnya yang bertajuk Autistic Children Can Be Taught To Read menyatakan bahawa pemikiran imaginasi kanak-kanak autistik sentiasa berkurangan, maka penulisan dan pembacaan yang kreatif terlalu sukar untuk difahami oleh mereka. Maka, guru perlu mengajar dalam bentuk yang lebih fakta dan konkrit. Sebagai contohnya, guru menanyakan soalan fakta seperti “Apa yang berlaku disini?, apa yang akan berlaku seterusnya?” dan sebagainya. Vacca (2007) percaya bahawa adalah lebih baik sekiranya guru menggunakan bahan yang realiti berbanding bahan yang berbentuk fantasi.

Menurut Vacca (2007) lagi, beliau menyatakan bahawa guru perlu menjadikan aktiviti membaca untuk autistic suatu aktiviti yang menyeronokkan dengan menggunakan Authetic High Interest Visual Material. Berdasarkan journal beliau, Grandin (2002) menyatakan bahawa kanak-kanak autisti memiliki pemikiran visual. Mereka tidak memikirkan bahasa tetapi dalam bentuk gambar rajah.

Menurut Vacca (2007) , beliau menyatakan lagi dalam kajian beliau bahawa dalam memulakan pengajaran untuk kanak-kanak autistik, guru perlu mengikut minatnya terlebih dahulu. Sebagai contohnya, guru meminta kanak-kanak autistic melukis kartun lawak dan kemudian menulis penerangan mengenai kartun tersebut dibawah gambar tersebut.

Apabila mereka selesai dalam melakukan sesuatu tugasan, berikanlah kata-kata pujian walaupun adakalanya mereka tidak memahami pujian tersebut. Ganjaran juga boleh diberikan seperti melebihkan masa bermain mereka kerana mereka telah berjaya melakukan sesuatu tugasan.

Semasa mengajar, guru digalakkan untuk menggunakan kata-kata, foto-foto, gambar rajah, lambang atau isyarat bagi membantu mereka untuk meluahkan perasaan mereka. Keprihatinan guru dalam mengenal pasti perasaan mereka adalah perlu agar emosi dan perasaan mereka tidak mempengaruhi tingkah laku mereka cenderung ke arah negatif seperti mencederakan diri atau orang lain.



Apa itu Disleksia?

DISLEKSIA

Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.

Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.

Di Malaysia, kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memperoleh bantuan RM150 sebulan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya

Punca
Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.

Ciri - ciri
1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'p' dan 'p' dianggap 'q'.
5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
7. Sering berlaku di kalangan lelaki.
8. Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.

Rawatan
Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial.

Artikel diambil dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Disleksia

Oct 10, 2010

maher zain - Insya Allah

Tujuan saya meng'upload' video ni adalah semata-mata ingin berkongsi dengan pembaca yang lain....lagu ini bukan sahaja sedap didengar...malah mesejnya amat jelas sekali...kalau diamati setiap bait lirik yang dinyanyikan memang menginsafkan dan membuat kan kita sedar betapa Allah sentiasa bersama kita walau apapun berlaku, samada kita berada dalam keadaan berpahala atau berdosa...Allah tetap disisi  kita memerhati setiap gerak geri hamba-Nya...saya ingin berkongsi dengan semua dan mudah-mudahan dengan mendengar lagu ini hati kita akan digerakkan oleh Allah untuk kita kembali ke jalan yang diredhai-Nya...InsyaAllah

Oct 4, 2010

Slot Motivasi

Slot kali ini akan memaparkan video ceramah mengenai keseronokan  bekerja...sama-sama lah kita menonton..mudah-mudahan kita semua akan beroleh manfaat daripadanya,InsyaAllah





Oct 3, 2010

lemang...oh...lemang...

raya oh raya....disana sini orang sibuk beraya.Sambil kita beraya jgn luper pada yang Esa....jgn luper pada yang tiada.....jgn luper org yang masih berpuase....hmmmm citer pasal lemang teringat aritu geng2 PK sibuk masak lemang pasal nak bekalkan makanan untuk jamuan hari raya SKDWI....memang penat..tapi berbaloi.puas sangat membakar lemang sampai xingt hari dah malam...hmmm pengalaman yang menyeronokkan dan berharga kerana ini lah masanya kami nak merapatkan hubungan baik sesama rakan sekerja dengan bekerjasama sesama kita dalam menyiapkan hidangan lemang.Nampak cam senang,tapi bila dah buat baru nampak penat lelahnya.....Disini pihak editor ader menyiarkan beberapa gambar buat tatapan semua...jom tengok!

bahan utama: santan,pulut,buloh,daun pisang,kayu api( bahan bakar) dan beberapa tenaga manusia yang sanggup membakar dan dibakar.

posing 2 posing gak...aku tengok buloh tu dari tadi xberisi pulut...

gaji ribu-ribu...nyudahnyer kena bakar lemang k cni.

tekun dan dedikasi sambil mendendangkan lagu raye..

"kalau xmasak gak...aku bakar tempat ni...tengokla"

ni kalau xhati2 ni mau terbakar bulu kaki ni

deretan lemang yang dibakar...nampak cam sedap jek..

"bila nak masak ni bai? " "entohle...."

Trip 2 Melaka.....

salam....
pada 1 Oktober 2010, Pend Khas SKDWI telah mengadakan lawatan keMelaka.Seramai 39 orang murid pend khas, 19 orang guru dan PPM sebagai pengiring dan 11 orang ibubapa murid menyertai lawatan ini untuk memeriahkan aktiviti.Pelbagai tempat telah dilawati.Antaranya ialah menyusuri sungai Melaka menaiki bot, melawat Muzium Samudera dan Muzium Kesultanan Melayu Melaka,menaiki Menara Taming Sari, bersolat di Masjid Selat, bersuka ria di Taman buaya dan lawatan diakhiri di Mydin Ayer Keroh sambil menikmati makan malam. Satu pengalaman yang bermakna buat warga PK.Seronok tapi penat gilerrrr....anyway semua berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa kesukaran pada peringkat awal.habis ke Melaka kemana pula lepas ni agaknya...Kuala Lumpur...tungguuuuu kamiii datang...adios....

*p/s disini pihak editor ada memaparkan beberapa gambar untuk tatapan semua....


muzium samudera...
tunggu ape lagi..kita kasi pecah la
ni meriam kalau meletup naya aku

bersama menghadap raja...
"aku dah penin ni..bile leh kiter p mandi ni.."

berposing berlatarbelakangkan selat Melaka...lariii tsunami...

beraninyer dia main ular..



"dato' berapa lama lagi kita bole smpi ke Paris?""mungkin dalam sebatang rokok jek lagi dato'"

termenung mengenang nasib berda di perantauan...haiiii

Istana Kesultanan Melaka

menara taming sari

alamak kita naik tinggi2 ni xjatuh ker...takuuttttnyeeee