Search This Blog

banner

I made this widget at MyFlashFetish.com.

address

Sep 30, 2010

Kesempurnaan Diri Muslim HADIS MUTHAHHARAH

Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu'anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S.A.W yang mana dia telah menyatakan tujuannya : Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat. Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya Tanyalah apa yang engkau kehendaki :

Dia berkata : Aku mahu menjadi seorang yang alim
Baginda S.A.W menjawab : Takutlah kepada ALLAH maka engkau akan jadi orang yang alim

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya
Baginda S.A.W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil
Baginda S.A.W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik
Baginda S.A.W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa disisi ALLAH
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi ALLAH

Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku
Baginda S.A.W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik)
Baginda S.A.W menjawab : Beribadatlah kepada ALLAH seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat
Baginda S.A.W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat

Dia berkata : Aku mahu berjumpa ALLAH dalan keadaan bersih daripada dosa
Baginda S.A.W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui ALLAH dalam keadaan suci daripada dosa

Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat dibawah cahaya
Baginda S.A.W menjawab : Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya

Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh ALLAH pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya ALLAH akan mengasihanimu pada hari qiamat

Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamu

Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia
Baginda S.A.W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa menyerah diri (tawakkal) kepada ALLAH nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia

Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh ALLAH
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya ALLAH akan memurahkan rezeki kepadamu

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh ALLAH dan rasulNya
Baginda S.A.W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh ALLAH dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka

Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan ALLAH pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan ALLAH dan rasulNya

Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku
Baginda S.A.W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya

Dia berkata : Aku mahu agar ALLAH menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya ALLAH akan menutup keaibanmu pada hari qiamat

Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?
Baginda S.A.W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi ALLAH?
Baginda S.A.W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala)

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi ALLAH?
Baginda S.A.W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan

Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan ALLAH di dunia dan akhirat ?
Baginda S.A.W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi ( tidak diketahui ) dan menghubungkan kasih sayang

Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Baginda S.A.W menjawab : sabar di dunia dengan bala dan musibah

Telah berkata Imam Mustaghfirin: aku tidak pernah
menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan
agama dan bermanafaat selain hadis ini....

Sep 28, 2010

Dulu dan kini.....2

ruang buku - buku

sudut majalah


sudut media

sudut BBM

ruang permainan dalaman

ruang perpustakaan 1

ruang perpustakaan 2

ruang perpustakaan 3

ruang perpustakaan 4
Setiap masa perputakaan mini pendidikan khas akan diberi penambahbaikan demi memenuhi keperluan warganya.Hasil kerjasama semua warga Pendidikan khas,kini perpustakaan kami ini boleh dibanggakan.Jawatankuasa perpustakaan mini sentiasa menambah segala bahan dan kelengkapan yang sesuai untuk digunakan oleh guru dan murid di pendidikan khas ini sendiri.Antara penambahbaikan yang dilakukan iaitu menambah bahan bacaan dan kini bahan bacaan telah mengandungi lebih dari 400 bahan bacaan yang terdiri dari pelbagai jenis fiksyen antaranya fiksyen melayu,fiksyen inggeris,fiksyen sains,kamus,buku rujukan untuk guru - guru dan majalah - majalah hiburan seperti komik dan majalah berbentuk hiburan kekeluargaan.Pelbagai sudut juga telah diwujudkan bagi mewujudkan suasana yang selesa dan lebih mesra pengguna seperti sudut bercerita,sudut akses kendiri,sudut permainan dalaman dan sudut BBM.

Mengapa Yahudi Bijak?


Menemui saudara ku sekelian, baru baru ini sekali lagi Yahudi bermaharaja
lela membantai penduduk Gaza, tanpa merasa belas kasihan, ini dapat
difahami kerana bagi kaum Yahudi, Palestin adalah negeri mereka, walaupon
dari segi sejarah, memang mereka tahu, Israel memang bukan milik mereka yg
mutlak, terima kasih kepada kerajaan British yg. memberi mereka penempatan
selepas dihalau oleh Hitler pada perang dunia kedua. Tak perlulah saya
mengulang lagi peri laku kaum Yahudi yang sekian lama di halau oleh umat
manusia dari zaman Firaun lagi, berjuta juta kaum Yahudi telah dibunuh,
tiada suatu bangsa didunia ini yang dibunuh begitu ramai dimuka bumi ini
dan kini telah muncul pula di Amerika,kumpulan anti Yahudi , kerana mereka
(pribumi Amerika)telah mulai sedar yang mereka telah menjadi hamba dibawah
telunjuk Yahudi (Proxy) Hanya masa akan menentukan peledakan dimana kaum
Yahudi pula akan menemui penghalauan beramai ramai keluar dari bumi
Amerika, mustahil? Jika anda lihat sejarah, tiada apa yang mustahil akan
berlaku terhadap kaum Yahudi.

Setelah memantau beberapa lelaman web saya ada terbaca tesis oleh Dr Stephen Carr Leon

mengenai kaum Yahudi dan saya tertarik untuk membaca dan menterjemahkanya ke bahasa
Melayu, semuga ianya dapat memberi menafaat kepada kita dan jenerasi
mendatang. Janganlah kida dok mengutuk kaum Yahudi terus terusan, sedang
badan dunia (UN) tak dapat melakukan sesuatu. Pembantaian secara zalim
diGaza akan segera dilupakan tanpa satu pon general tentera Israil dibawa
kepengadilan (sila lihat sejarah UN) maka itu kaum Yahudi bertambah
bongkak, tujuan mereka hanyalah melemahkan kaum Arab disekeliling mereka.

Tesis itu bertajuk "Why the jews so smart" suka cita saya alih bahasakanya
secara rengkas. Setelah membaca tesis itu, ianya dapat mengubah cara diet
saya, semuga pasangan muda dapat mengamalkanya demi melahirkan jenerasi yg
baik.

Hakim Ma'ruf Bin Hj Abdul Kadir
Universiti Massachuset
USA.



Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani
housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik
dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi
Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi,
dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah
bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan
di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan,
senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang
saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab
nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada
mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak
boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya,
disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk
pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan
tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan,
adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya
dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan
zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung,
pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan
bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan
menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana
teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya
kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh
kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya
bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu?
Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan,
saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa
kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau
seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau
membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan
beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan
korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti
dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai
jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan
otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat
merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut
beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya
menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil
pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang
orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.
Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan
(hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja
jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan
bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum
memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah
Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan
memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan,
ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami
pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang
makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka
akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah
mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin
dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes,
ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh
atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami
bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya,
pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika
mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah
buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code
oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata
rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari
awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu
kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat
meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu
bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat
stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali
genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan
diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi
keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak
di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6
tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh
anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi
mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari,
menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus
sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan
negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi
(menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan
mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala
kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi
ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke
institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan.
Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka
tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang
niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya
akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan
sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian
seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak
hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta
design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti
bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan
ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka,
menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan
dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada
menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat
mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun,
mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang
orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka
ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia
membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk
Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi
pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan
bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut
landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY,
Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai
ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi
dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan
ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang
tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California
sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan
keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya
memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika
sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah
tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara
pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak,
menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak
kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak
mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg
tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah
tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke
Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti
dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa
harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk
makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan
sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan
segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat
banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya
negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan
jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini.
Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari
restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera
terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya?
Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti
terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali.
Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa
mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah
kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan
akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal
ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak
zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg
ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg
bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya
memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya
kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri
tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg
telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat
menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai
Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan
bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan
bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

petikan dari www.bicarasufi.com

Nasihat Luqmannul hakim pada anaknya

LUQMANUL HAKIM:
MODEL TARBIYAH ISLAM

APABILA menyebut soal pendidikan anak-anak secara tidak langsung ia lebih tertumpu kepada tugas dan tanggungjawab ibu bapa. Untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang kamil tidaklah semudah yang diperkatakan dalam buku, majalah dan seminar.

Ia lebih menekankan soal keinsafan, kesedaran dan sikap tanggungjawab yang mendalam di samping mempunyai aqidah yang kental terhadap ALLAH SWT. Justeru itu, ALLAH SWT telah merakamkan beberapa keistimewaan yang dilakukan oleh Luqmanul Hakim sewaktu mendidik anak. Di antara nasihat Lukman kepada anaknya ialah:

1. Hendaklah engkau selalu berada di majlis para ulama' dan dengarlah kata-kata para hukama (orang yang bijaksana), kerana ALLAH menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat sepertimana menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang lebat.

2. Janganlah engkau jadi lebih lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu.

3. Janganlah engkau menangguhkan taubat kepada ALLAH kerana mati itu akan datang tiba-tiba.

4. Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak orang sudah ditenggelamkannya. Oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai kapalnya.

5. Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air menyirami tanaman.

6. Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan. Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah, orang yang berani melainkan ketika berperang dan saudara maramu melainkan ketika engkau berhajat dan memerlukan pertolongan daripadanya.

7. Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan seluruh umurmu lebih sedikit daripada itu. Manakala umurmu yang masih berbakti lagi amat sedikit daripada yang lebih sedikit tadi. 


petikan diambil dari www.bicarasufi.com

Sep 27, 2010

Dulu dan Kini.....



Pelbagai penambahbaikan telah dilakukan pada perpustakaan minipendidikan khas ini.Hasil penat lelah dan usaha yang tidak pernah kenal jemu, maka banyak perubahan yang ketarta telah diperlihatkan.Ibarat kata pepatah " alang - alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan".Pepatah ini telah dipegang erat oleh setiap warga Pendidikan khas SKDWI bagi merealisasikan impian mewujudkan sebuah perpustakaan yang bermaklumat dan berguna pada warganya.Di sini, editor telah menyediakan beberapa gambar bagi paparan semua pengunjung blog ini.Gambar yang disediakan akan menunjukkan kepada anda semua keadaan perpustakaan pada awal penubuhan sehinggalah ke hari ini.

Perpustakaan Kita, wajah kita....

membaca amalan mulia

membaca jambatan ilmu
Perpustakaan Mini Pendidikan Khas SK Datuk Wan Idris telah dibuka secara rasmi bermula pada bulan Febuari 2009.Ianya merupakan bilik Pusat Sumber Sekolah pada awal penggunaannya dan diambil alih oleh unit Pendidikan Khas dan dijadikan perpustakaan demi keperluan murid & guru pendidikan khas itu sendiri.Idea perpustakaan ini timbul dari buah fikiran penaung perpustakaan ini sendiri iaitu Guru Besar SK Datuk Wan Idris, Pn Rubiah Bt Tijan dan perkara ini telah diterima baik oleh GPK Pendidikan Khas,yang juga merupakan Pengerusi bagi Perpustakaan Mini ini iaitu En Zaaba B Kasim untuk dilaksanakan dan direalisasikan.Perancangan dibuat dan beberapa AJK penting telah dilantik bagi melaksanakan tugas ini.Antara yang telah dilantik adalah Pn Zalina Bt Amir yang bertindak sebagai Setiausaha bagi perpustakaan mini ini.Beliau dibantu oleh beberapa AJK yang terdiri dari 2 orang guru,seorang Pembantu Pengurusan Murid ( PPM ) dan 4 orang murid.Disini disediakan carta organisasi Perpustakaan Mini Pendidikan Khas SK Datuk Wan Idris untuk makluman anda semua.
  1. Penaung - Guru Besar SKDWI ( Pn Rubiah Bt Tijan )
  2. Pengerusi - GPK Pendidikan Khas ( En Zaaba B Kasim )
  3. Setiausaha - Pn Zalina Bt Amir
  4. AJK - Pn Zalila Bt Hamzah , Cik Siti Hajar Bt Hashim , Cik Rozana Bt Hosni
  5. Pustakawan - Syed Zia Rahim B Tuan Long , Nur Fatin Diana Bt Md Zin, Rasyidah Bt Abd Rahman, Asmah bt Ibrahim

Sep 26, 2010

Salam Lebaran

Kami warga pendidikan khas SK Datuk Wan Idris,mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan yang pernah dilakukan sebelum ini.Disini kami ingin menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada semua umat Islam Muslimin dan Muslimat di seluruh negara.Moga lebaran kali ini memberi 1001 satu makna kepada kita semua dan mudah-mudahan kita semua sentiasa berada di dalam rahmat-Nya,Insya-Allah...

Sep 22, 2010

Selamat Datang

Selamat Datang diucapkan kepada para pelawat blog ini...diharap anda akan mendapat sedikit sebanyak maklumat mengenai Pendidikan Khas SK Datuk Wan Idris Segamat dan perpustakaan mini kami....Kami warga PKhas SK Datuk Wan Idris mengalu-alukan lawatan anda...selamat berinfo..