Search This Blog

banner

I made this widget at MyFlashFetish.com.

address

Mar 17, 2013

Datuk Wan Idris Menempa Nama Lagi Di Peringkat Daerah

Pada 12 dan 13 Mac 2013 yang lalu, SK Datuk Wan Idris telah menyertai Kejohanan Balapan dan padang peringkat Daerah tahun 2013.Seramai 13 orang peserta telah mewakili sekolah bagi acara-acara yang dipertandingkan dalam kejohanan tersebut seperti acara lontar peluru,lompat jauh,acara trek 100 dan 200M,acara 100m Down Sindrom dan acara 100m Paralimpiad.Tahun 2013 seolah-olah tahun yang membawa tuah bagi SK Datuk Wan Idris kerana penyertaan kali ini tidak hanya pulang dengan tangan kosong......

Berikut peserta yang telah membawa kejayaan dan telah mengharumkan nama SK Datuk Wan Idris dimata semua......


  1. Syed Zia Rahim B Tn Long - Pingat Emas acara Lontar Peluru
  2. Mohd Syahid B Mohd Nasir - Pingat Perak acara 200m, Pingat Gangsa acara 100m
  3. Nuraisyah Bt Najib - Pingat Gangsa acara 100m
  4. Masara Bt Moroshid - Pingat Gangsa lontar peluru
  5. Muhammad Haqeem B Mohd Nasir - pingat Emas 100m paralimpik
  6. Ahmad Nizam B Abd Aziz - pingat Emas 100m Kategori Down Sindrom
  7. Mohd Zaki B Zakaria - pingat Gangsa 100m Kategori Down Sindrom
  8. Nur aqilah Bt Ra'ip - pingat Emas 100m Kategori Down Sindrom
Tahniah buat para pemenang dan sekalung tahniah juga diucapkan buat pihak pengurusan dan jurulatih yang telah terlibat dalam menjayakan misi memburu kejayaan kali ini....

p/s : terus memburu impian moga terus berjaya di masa akan datang...hidup Datuk Wan












Pendidikan Khas SK Datuk Wan Idris Johan Futsal

posing dulu sebelum acara bermula
pasukan emas 2013


aksi2 yang mendebarkan

penyampaian pingat kejayaan
Pada 19 Febuari 2013 yang lalu, SK Datuk Wan Idris,Segamat telah menjadi tuan rumah bagi program karnival Permainan Futsal & Bola Jaring peringkat daerah Segamat.Seramai 19 pasukan futsal yang terdiri daripada 12 pasukan bagi kategori senior dan 7 pasukan bagi kategori junior dan juga beberapa penyertaan bagi acara bola jaring 3 sebelah yang terdiri daripada pasukan senior dan junior.
Berita baik buat tuan rumah dimana pasukan futsal mereka telah menjadi johan dalam kategori junior.Lebih membanggakan salah seorang pemain bagi pasukan Datuk Wan Idris telah dipilih sebagai penjaring terbanyak dimana beliau telah menjaringkan 13 gol sepanjang kejohanan dan seterusnya diangkat sebagai  pemain terbaik kejohanan bagi kategori junior.Beliau ialah adik Syed Zia Rahim B Tn. Long.Sekalung tahniah buat pasukan Datuk Wan Idris kerana dengan kejayaan mereka telah berjaya mengharumkan nama sekolah dan ribuan Terima kasih yang tidak terhingga buat tenaga pengurusan dan jurulatih yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program ini.Budi yang baik dikenang jua......Tahniah!!!!!!!!

p/s: tahun depan mudah-mudahan juara lagi hendaknya :)