Search This Blog

banner

I made this widget at MyFlashFetish.com.

address

Mar 17, 2013

Pendidikan Khas SK Datuk Wan Idris Johan Futsal

posing dulu sebelum acara bermula
pasukan emas 2013


aksi2 yang mendebarkan

penyampaian pingat kejayaan
Pada 19 Febuari 2013 yang lalu, SK Datuk Wan Idris,Segamat telah menjadi tuan rumah bagi program karnival Permainan Futsal & Bola Jaring peringkat daerah Segamat.Seramai 19 pasukan futsal yang terdiri daripada 12 pasukan bagi kategori senior dan 7 pasukan bagi kategori junior dan juga beberapa penyertaan bagi acara bola jaring 3 sebelah yang terdiri daripada pasukan senior dan junior.
Berita baik buat tuan rumah dimana pasukan futsal mereka telah menjadi johan dalam kategori junior.Lebih membanggakan salah seorang pemain bagi pasukan Datuk Wan Idris telah dipilih sebagai penjaring terbanyak dimana beliau telah menjaringkan 13 gol sepanjang kejohanan dan seterusnya diangkat sebagai  pemain terbaik kejohanan bagi kategori junior.Beliau ialah adik Syed Zia Rahim B Tn. Long.Sekalung tahniah buat pasukan Datuk Wan Idris kerana dengan kejayaan mereka telah berjaya mengharumkan nama sekolah dan ribuan Terima kasih yang tidak terhingga buat tenaga pengurusan dan jurulatih yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program ini.Budi yang baik dikenang jua......Tahniah!!!!!!!!

p/s: tahun depan mudah-mudahan juara lagi hendaknya :)

No comments:

Post a Comment