Search This Blog

banner

I made this widget at MyFlashFetish.com.

address

Sep 27, 2010

Perpustakaan Kita, wajah kita....

membaca amalan mulia

membaca jambatan ilmu
Perpustakaan Mini Pendidikan Khas SK Datuk Wan Idris telah dibuka secara rasmi bermula pada bulan Febuari 2009.Ianya merupakan bilik Pusat Sumber Sekolah pada awal penggunaannya dan diambil alih oleh unit Pendidikan Khas dan dijadikan perpustakaan demi keperluan murid & guru pendidikan khas itu sendiri.Idea perpustakaan ini timbul dari buah fikiran penaung perpustakaan ini sendiri iaitu Guru Besar SK Datuk Wan Idris, Pn Rubiah Bt Tijan dan perkara ini telah diterima baik oleh GPK Pendidikan Khas,yang juga merupakan Pengerusi bagi Perpustakaan Mini ini iaitu En Zaaba B Kasim untuk dilaksanakan dan direalisasikan.Perancangan dibuat dan beberapa AJK penting telah dilantik bagi melaksanakan tugas ini.Antara yang telah dilantik adalah Pn Zalina Bt Amir yang bertindak sebagai Setiausaha bagi perpustakaan mini ini.Beliau dibantu oleh beberapa AJK yang terdiri dari 2 orang guru,seorang Pembantu Pengurusan Murid ( PPM ) dan 4 orang murid.Disini disediakan carta organisasi Perpustakaan Mini Pendidikan Khas SK Datuk Wan Idris untuk makluman anda semua.
  1. Penaung - Guru Besar SKDWI ( Pn Rubiah Bt Tijan )
  2. Pengerusi - GPK Pendidikan Khas ( En Zaaba B Kasim )
  3. Setiausaha - Pn Zalina Bt Amir
  4. AJK - Pn Zalila Bt Hamzah , Cik Siti Hajar Bt Hashim , Cik Rozana Bt Hosni
  5. Pustakawan - Syed Zia Rahim B Tuan Long , Nur Fatin Diana Bt Md Zin, Rasyidah Bt Abd Rahman, Asmah bt Ibrahim

No comments:

Post a Comment